Tak lama lagi bulan ramadhan bakal menjelma, setiap manusia pasti tersirat dengan intipati-intipati klasik yang dibawa dalam setiap episod ramadhan mereka, begitu jugak aku.

Masa tu aku Form 4, Skolah kat Subang, bila bulan puasa aku mesti ajak 2-3 kawan-kawan aku semayang subuh sekali, bila setiap sabtu & ahad. rencananya bukan untuk semayang pon, tapi tuk hisap rokok sementara menunggu habisnya waktu imsak.Ye la, dulu mana ada lesen nak isap rokok dalam rumah, jadi nak tanak kena lah kluar, alasan dia mestilah g semayang subuh.Plan ni dibuat pada setiap malam jumaat(hari khamis) sebab kat area rumah aku hari tersebut ada pasar malam.

Port kebiasaannya jadi port kitorang lepak adalah tangga belakang rumah paling hujung skali. Kira owner rumah ni kalau time tunggu semayang jumaat memang kenal la muka kitorang sebab umah dia paling dekat ngan masjid.

Aku teringat balik kisah ni sebab member aku yang sama-sama teman aku pagi tu baru je berkahwin, jadi masa bachelor nite, kitorang korek-korek cerita lama. aku pon tak sedar, begitu pantas masa berlalu, rasa macam baru smalam amik SPM, rasa macam baru semalam aku keluar dari rumah makcik aku.